Tuesday, 3 January 2023

Gayo Rabas - Produser Muzik Jalanan

 Gayo Rabas adalah nama rekaan yang pada mulanya diilhamkan untuk mewujudkan artis virtual Dusun yang pertama di kalangan masyarakat KDM di Sabah. Artis virtual bukanlah perkara baharu; industri muzik Malaysia telah menyaksikan kemunculan TYCO pada lewat tahun 2000. Di era yang sama, seluruh dunia telah digegarkan dengan kehadiran band virtual GORILLAZ yang berjaya memukau penghuni bumi dengan lagu-lagu mereka.

Angan-angan mewujudkan Gayo Rabas timbul pada tahun 2010 tetapi tiada apa yang terjadi sehinggalah pada tahun 2020 ketika COVID-19 mengganas lalu memaksa beberapa siri perintah STAY AT HOME yang telah membawa kepada idea pengwujudan akaun media sosial bagi tujuan memperkenalkan artis virtual Dusun ini. Walau bagaimanapun, akaun media sosial tersebut tidak pernah diisi kerana kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan oleh penggiat di belakang tabir.

Percubaan demi percubaan telah dilakukan untuk memunculkan Gayo Rabas di media sosial namun berakhir dengan kegagalan. Penggiat di sebalik Gayo Rabas lebih banyak terlibat dengan projek-projek sampingan yang lebih kepada kerja-kerja penerbitan. Bermula dari situlah nama Gayo Rabas telah digunakan di ruangan kredit untuk mana-mana lagu yang beliau terlibat - sebagai produser. Memandangkan tiada premis tetap untuk berkarya, urusan-urusan yang melibatkan permintaan dan perkhidmatan itu dijalankan secara atas talian sahaja malahan tiada studio rakaman yang nyata. 

Maka dengan itu, layaklah jenama Gayo Rabas ini ditetapkan kepada Produser Muzik Jalanan.

Gayo Rabas - Produser Muzik Jalanan

 Gayo Rabas adalah nama rekaan yang pada mulanya diilhamkan untuk mewujudkan artis virtual Dusun yang pertama di kalangan masyarakat KDM di ...